Salam to all readers and followers . Just to let you know , this is my personal blog about my life and my passion . I wrote and shared many things here . If you like what you read , please do come again and feel free to be my followers . Thank you ;)

Friday, December 31, 2010

GOODBYE 2010 ;')

Holaaa again ;)
Okay this is my last entries before 2010 ends .

Today 31 december 2010 . Hari terakhir sebelum 2010 melabuhkan tirainya . Perjalanan selama setahun ni terasa bagai terlalu cepat berlari . Terasa macam baru semalam aku habis jawab kertas PMR dan keluar dari dewan bersorak sakan dengan kawan-kawan kerana bendera penjajahan PMR dah diturunkan . Wahh giteww .Tapi semua tuh cuma kenangan , kenangan setahun yang lalu juga kenangan indah yang takkan pernah aku lupakan sepanjang hayat . Realitinya 2010 merupakan tahun di mana aku berada di tingkatan 4 2010 juga tahun yang lebih femes digelar sebagai tahun honeymoon . Sangat cliche .

Banyak sangat kenangan pahit manis aku lalui sepanjang tahun nih . 
Ohh lupa , KITA semua . 
Tapi memandangkan ini BELOG aku so aku nak cerita kisah aku . 
Ngeh .. ngehh .. 

2010 ,
Tahun yang mematangkan diri dan jiwa aku . 
Kalau sebelumnya aku bersikap terlalu manja dan keanak-anakan , tahun nih mengubah diri aku . 
Dari kisah puppies love hingga ke konflik persahabatan * wahh tak boleh blah ;D
Berbulan masa aku amek untuk lupakan kisah puppies love yang entah hape-hape .
Sangat kelakar kalau ingat-ingat balik . 
Tapi puppies love tuh jugak yang mematangkan aku .  
Dalam situation sedih n feel depressed ramai kawan-kawan yang selalu bagi support n semangat untuk aku .
Time nih laa baru kita kenal siapa kawan yang sebenar . Betul tak ?
heee ^_^
Berada di dalam kelas pure science + agriculture untuk kelas 2010 sangat mencabar . Bersaing dengan student yang lain yang terer-terer .
 Well kalau nak diceritakan satu persatu memang takkan habis sampai esok entries aku nih . So to short the stories , aku sangat happy dengan kehidupan 2010 aku walaupun macam-macam dugaan yang datang . 
TAPI
Ibu cakap kalau takde dugaan dan cabaran , bukan kehidupan namanya .
Ibu cakap ape yang penting kita kena sabar dan selalu berdoa .
Kata-kata Ibu selalu aku pegang ;)

 ** Tinggal lagi 15min untuk aku habiskan entry nih **
Bermakna kurang lebih 15min lagi 2010 akan melabuhkan tirainya dan memberi laluan kepada 2011 berkunjung tiba .

 
Okay 2011 merupakan tahun yang sangat penting buat aku . Tahun yang akan menentukan dimana aku akan berada selepas tamat sekolah . 
BERMAKSUD setelah aku tamat SPM .
Tahun yang akan menentukan hala tuju aku selepas ini .
Rasa macam tak percaya aku akan berumur 17tahun sekejap lagi .
Tanggungjawab yang sangat besar bila aku harus menunaikan harapan melambung tinggi orang tua dan family aku yang mengharapkan kejayaan dalam SPM aku nanti ;')
 Untuk tahun 2011 aku dah list kan beberapa azam yang WAJIB aku tunaikan .
Tapi aku rasa takyah aku list satu-satu kat sini sebab cukuplah kalau aku sorang yang tauu . Ngeh ngehh ..
 Cuma ada beberapa azam yang boleh aku share dengan korang :

AZAM TAHUN BARU 2011 CIK RARA
  • Struggle habis-habisan untuk SPM 2011
  • Fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas / tusyen 
  • Kurangkan bercakap 
  • Kurangkan melayari internet 
  • Sentiasa berfikiran optimis
 Okay kat atas antara azam tahun baru aku , aku harap tahun 2011 akan menyebelahi aku . Semoga kita semua sentiasa ceria dan diberkati ALLAH . Insya-ALLAH . AMIN . Doa-doa kan aku berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti . Hanya ALLAH yang dapat balas budi baik korang ;)


SELAMAT TAHUN BARU 2011 !! ^_^

Salam .










1 comment:

  1. akan merindui 2010 especially 4bestari dbest . hee
    HAPPY NEW YEAR FOR YOU !
    kite akan buad yg terbaek utk SPM 2011 .
    aja2 fighting . go go chayok . hee :)

    ReplyDelete